Aku selalu set dalam minda bahawa setiap yang berlaku tu mesti ada hikmahnya tp kadang-kadang aku ragu juga pasal tu . ish ! teruknya aku ni . adakah fikir gitu ? hehe . aku selalu dikecewakan , dipermainkan dan diperalatkan . mau dikatakan aku baik sama orang pun , boleh lah . jahat pun , bolehlah . hehe . tapi aku selalu patah hati . relationship ku sentiasa tidak kekal . aku sentiasa sabar dalam menghadapi masalah sebab aku yakin semua tu pasti ada hikmahnya .
aku cakap gini bersebab . semuanya sebab seorang lelaki yang aku cintai . sangat cinta tapi malangnya lelaki tu tidak menyimpan perasaan yang sama . sakitkan ? berat mata memandang , berat lagi bahu memikul . aku sentiasa beri dia peluang untuk berubah tapi sayangnya dia buat peluang tu macam mainan . sudah bosan , beli baru . huh ! walau apa yang terjadi , aku sentiasa akan tunggu dia -neirzaf
